Perak Hari Ini

Laluan ETS Ipoh Ke Padang Besar Bakal Beroperasi Julai Ini

IPOH: Perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Ipoh ke Padang Besar yang membabitkan jarak sejauh 329 KM dijangka mula beroperasi pada Julai nanti.

Pembinaan landasan bagi laluan tersebut siap sepenuhnya pada November lalu dan operasi kini dalam tempoh percubaan.

Menurut Exco Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, Perak mendapat 10 gerabak ETS dan hanya satu gerabak digunakan dalam tempoh percubaan.

Jelasnya lagi, tiga gerabak akan diserahkan pada bulan September ini, dua lagi gerabak pada Disember manakala satu gerabak pada tahun hadapan menjadikan10 gerabak secara keseluruhannya.

“Ia akan melibatkan sembilan stesen bermula dari Ipoh hingga ke Padang Besar,” katanya.

Ujar Mah lagi, perkhidmatan ETS ini diharap dapat membantu penduduk Perak bergerak ke lokasi yang diingini.

“Perkhidmatan komuter juga dicadangkan bagi menampung perkhidmatan di luar waktu ETS tersebut,” tambahnya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga katanya, sedang giat menjalankan kajian secara menyeluruh meliputi pelan tindakan bagi meningkatkan perkhidmatan kenderaan awam terutama bas antara bandar di bandaraya Ipoh.

“Kajian telah dilakukan termasuklah mendapatkan projek daripada lapan operator terpilih,” katanya.

Ujarnya lagi, pada bulan April depan, kerajaan akan mengumumkan operator bas yang terpilih bagi mengendalikan perkhidmatan tersebut di sekitar Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");