Jenayah

Lelaki tembak mati empat orang di Korea

SEOUL: Seorang lelaki melepaskan tembakan dan membunuh empat orang di sebuah rumah dekat bandar raya Seoul dalam kejadian seumpamanya dalam tempoh dua hari, kata polis.

Pegawai polis bandar Hwaseong yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa termasuk seorang anggota polis yang menjadi orang pertama tiba di tempat kejadian.

Pegawai itu berkata, suspek dipercayai abang kepada salah seorang mangsa. Isteri kepada adik suspek turut mati.

Identiti mangsa keempat belum dapat dipastikan.

Polis menyoal siasat suspek di tempat kejadian.

Kelmarin, seorang lelaki melepaskan tembakan dan membunuh tiga orang di Sejong City di tengah negara ini sebelum dia membunuh dirinya sendiri. – AP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");