Jenayah

Lemas tarik kabel di lombong

Kuantan: “Saya tidak sedar dia lemas sehingga seorang rakan memberitahu kejadian itu,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Man, rakan kepada Syahiddin Basuni yang lemas di sebuah lombong di Damansara, Gebeng, dekat sini, semalam.

Man, 20, berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku apabila dia bersama Syahiddin, 53, dan dua lagi rakan melakukan kerja menarik kabel di tapak lombong bijih di kawasan berkenaan.

“Ketika kejadian, saya berada kira-kira 100 meter dari lokasi manakala Syahiddin bersama dua rakan melakukan kerja menarik kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran tapak lombong.

“Tiba-tiba rakannya meluru memberitahu Syahiddin lemas ketika berenang untuk menarik kabel menyebabkan kami terus ke lombong itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, mereka cuba mencari mangsa, tetapi gagal dan menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu.

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini kalau terjun ke lombong itu mencari dia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Penguasa Kanan Bomba Fauzi Ab Rahman berkata, mayat ditemui di dasar lombong kira-kira dua meter dari tempat dia dilaporkan tenggelam kira-kira jam 1 petang.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Tengah Oya, Sarawak, dipercayai mahu menyeberangi tapak lombong sambil menarik kabel, namun gagal,” katanya.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");