Jenayah

Maut motosikal langgar treler di Kuantan

Kuantan: Seorang kakitangan Penjara Penor maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang treler di Jalan Pekan-Kuantan, berhampiran Penjara Penor, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira 9 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Iqbal Mohamed, 34, dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dalam perjalanan dari rumahnya menuju tempat kerja.

“Namun ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Iqbal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar belakang treler yang membawa muatan balak.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");