Sukan Hari Ini

Menang percuma

Kuala Lumpur: Tampuk kepimpinan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akhirnya bakal bertukar tangan kepada Datuk Seri Subahan Kamal selepas beliau menjadi satu-satunya individu yang dicalonkan untuk bertanding kerusi Presiden MHC pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 13 Februari ini.

Selepas berakhir tempoh penghantaran borang pencalonan tepat jam 12 tengah hari semalam, Subahan tidak mendapat sebarang cabaran, sekali gus mengesahkannya untuk dipilih selaku presiden baru MHC.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada persatuan negeri yang mencalonkan saya tanpa mendapat cabaran selepas tarikh tutup penghantaran borang berakhir hari ini.

“Saya amat berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan diletakkan kepada saya untuk memimpin MHC pada penggal seterusnya.

“Terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden MHC ketika ini kerana sokongannya kepada saya.

“Saya harap perwakilan setiap negeri akan memilih calon terbaik yang bersedia bekerja keras untuk MHC serta membangunkan sukan hoki di negara ini pada AGM nanti,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Kerusi Timbalan Presiden pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang jawatan itu, Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah yang dicabar Datuk Nur Azmi Ahmad yang sebelum ini menggalas tugas selaku Naib Presiden Kanan MHC.

Sementara itu, 11 calon akan merebut tujuh kerusi Naib Presiden pada AGM kali ini dengan pembahagian kerusi itu adalah lima untuk lelaki manakala dua untuk wanita.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");