Isu Panas

MIC: Saravanan desak Palanivel tetapkan tarikh pemilihan semula

GEORGETOWN: Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan mendesak Presiden parti, Datuk Seri G Palanivel untuk menetapkan tarikh pemilihan semula semua jawatan dalam parti itu.

Beliau berkata, Palanivel sepatutnya memutuskan tarikh pemilihan semula sebelum bertindak mempertahankan jawatan berkenaan. “Sepatutnya bila ada arahan untuk adakan pemilihan semula, beliau harus tetapkan tarikh dan buat pemilihan serta lantik semua jawatankuasa yang beliau nak.

“Ini adalah hal parti. Kalau nak mempertahankan jawatan tetapkan tarikh dahulu,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA dalam saingan Piala FA di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.

Pada 5 Disember lalu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");