Sukan Hari Ini

OIC luluskan perubahan gelanggang Olimpik Tokyo 2020

RIO DE JANEIRO: Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini memberi kebenaran kepada penganjur Olimpik Tokyo 2020 untuk mengubah tiga gelanggang pertandingan sebagai sebahagian daripada pelan penjimatan lebih AS$1 bilion.

Mesyuarat lembaga IOC di Rio de Janeiro menumpukan kepada persiapan Olimpik Tokyo dalam masa lima tahun lagi selain Olimpik Musim Sejuk di Bandaraya Pyeongchang, Korea Selatan pada 2018.

Ketua Eksekutif (CEO) Olimpik Tokyo, Toshiro Muto, berkata kerajaan Jepun sudah mengemukakan perubahan tiga gelanggang sebagai sebahagian pemotongan kos bagi penganjuran temasya sukan terbesar itu.

“Sejak setahun lalu kita membentuk jawatankuasa penganjuran ini dan kami sudah menyatakan visi kami,” kata Muto yang menyebut penganjur mengesyorkan gelanggang bola keranjang ditukar dari pinggir Tokyo ke Saitama yang jaraknya hanya sejam perjalanan.

Faktor kos upah buruh dan bahan binaan yang meningkat antara punca Jepun mengkaji semula pelan penganjuran termasuk pertukaran gelanggang dan ia termasuk pertandingan kenu slalom dan ekuestrian yang akan diadakan di Baji Park, iaitu gelanggang sama pada Olimpik 1964. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");