Isu Panas

PAS Yakin Krisis Dengan DAP Dapat Diselesaikan

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yakin mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini akan menjadi medan terbaik dalam menyelesaikan krisis DAP-PAS berhubung isu hudud dan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Meskipun kita berdepan dengan isu-isu mencabar dalam PR, saya yakin kita dapat teruskan konsensus bersama.

“Saya yakin kami dapat menangani perkara yang kritikal ini dengan baik dan optimis kita akan capai keputusan yang terbaik,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelaksanaan hudud di Kelantan wajar dihormati semua pihak kerana kelulusan pelaksanaannya telah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan pada 1993.

“Saya selalu maklumkan kepada pimpinan PR biar hudud di Kelantan dilaksanakan kerana ia telah diluluskan sebelum PR ditubuhkan.

“Justeru, ia mesti dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly melahirkan keyakinan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.

“Berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah saya hampir-hampir yakin Anwar akan memenangi kes ini.

“Ini bukan pandangan saya seorang tapi pandangan daripada rakan-rakan yang pakar dalam bidang perundangan. Apa pun kita mengharapkan yang terbaik tetapi bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“PR ada visi dan misi yang perlu diteruskan untuk membawa perubahan di Malaysia. Sama ada Anwar ada atau tidak, setiakawan dalam PR akan tetap diteruskan,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");