Perak Hari Ini

Pemuda UMNO Perak Sokong Ismail Sabri

Pemuda UMNO Perak tidak ketinggalan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun dua kali sejak awal tahun ini.

Ketua Pemudanya, Hairul Anwar Mohamed Noor, berkata sekiranya pemborong, pembekal dan peruncit membantu kerajaan, penurunan harga barangan bukan perkara yang mustahil.

“Secara Matematik, ia amat mudah. Jika harga minyak naik hari ini, esok barang juga akan naik tetapi malangnya apabila harga minyak turun, pelbagai alasan diberikan untuk tidak menurunkan harga barang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berpendapat kenyataan menteri itu bersifat universal dan bukan ditujukan kepada satu kaum atau bangsa.

“Sebagai pengguna, rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa akan menerima manfaat jika berlaku penurunan harga,” katanya lagi.

Tambah Hairul lagi, jika tiada desakan seperti ini, menteri akan dilabel sebagai tidur tetapi jika berani mengeluarkan kenyataan, ia dianggap bersifat rasis.

Berikut kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO Perak:-

IMG-20150205-WA0003

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");