Panasnya Hari Ini

Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di
Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.

Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan hingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain hingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 menyerang dan menurut kandungan buku “Memoir Abdullah C.D.”, ia diketuai oleh Muhammad Indera, seorang komunis Melayu yang memimpin dua platun komunis Melayu.

Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin
Peng: New Light On The Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.

Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja.

Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.

Pihak komunis mengepung balai polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi apabila Mata-Mata Jaffar Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan.

Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah.

Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali Mustaffa dan bergerak untuk memberi bantuan.

Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu.

Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.

Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri.

Pada masa ini, Fatimah Yaaba dan anaknya, Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.

Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis hingga cedera selepas ditembak di dada dan tangan ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.

Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu, hanya tiga
orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.

Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga daripada kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.

Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.

Ketika ini, penduduk Kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.

Mereka kemudian berundur ke dalam hutan dan meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.

Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban dalam api. Antaranya termasuk Hassan Abu Bakar, anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup dalam api.

Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.

Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat dalam pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

# bantuan dari perkampungan berdekatan.

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema
ke beberapa kampung berdekatan.

Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan – Auxiliary Police/
Pengawal Kampung – Home Guard).

Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan
sekitar setengah kilometer dari Balai Polis Bukit Kepong.

Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.

Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.

Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan
tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbang, Penghulu Ali Mustafa mengarahkan anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong.

Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pengawal dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.

Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam
kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.

Mereka sampai di sana pada jam 10 pagi dan ketika itu
berita mengenai serangan atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.

Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sebelum diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.

Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik tetapi mengukuhkan lagi semangat kerajaan
dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis.

Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.

Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis
Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

# mereka yang gugur dalam pertempuran:-

Anggota Polis:-

Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)

Koperal 7068 Mohd Yassin Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)

Lans Koperal 7186 Jidin Omar

Mata-Mata 9136 Hassan Osman

Mata-Mata 3933 Hamzah Ahmad

Mata-Mata 8600 Jaafar Hassan

Mata-Mata 7493 Muhamad Jaafar

Mata-Mata 5674 Abu Mohd Ali

Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh

Mata-Mata Marin 60 Ibrahim Adam

Mata-Mata Marin 68 Awang Ali

Mata-Mata Marin 181 Basiron Adam

Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top Lazim

Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar Arshad

# Polis Bantuan / Auxiliary Police:-

Ins. Kudarina Naknok

AP 2130 Samad Yatim

AP 1912 Mahmud Sa’at

AP 1925 Ali Akob

AP 2127 Othman Yahya

# Keluarga anggota:-

Fatimah Yaaba – isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar Daud

Hassan Abu Bakar – anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar Daud

Saadiah – isteri Mata-Mata 5674 Abu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");