Panasnya Hari Ini

Rayuan Ditolak, Anwar Kekal Dipenjara

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tuduhan kes meliwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim berkata, terdapat bukti kukuh yang menyokong bahawa Saiful telah diliwat oleh Ketua Pembangkang tersebut dan menjadikan rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

“Anwar tidak langsung mempertikaikan keberadaan beliau di kondominium di mana kes liwat didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan bahawa Saiful turut berada di situ,” katanya.

Anwar akan menghadapi hukuman penjara selama lima tahun sekaligus menamatkan kerjaya politiknya yang dipegang selama empat dekad.

Beliau kelihatan tenang mendengar keputusan mahkamah dan kemudianya memeluk cucu dan anak-anaknya yang kelihatan menangis selepas keputusan tersebut diumumkan.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu bahawa tuduhan yang dilakukan terhadapnya adalah konspirasi politik.

Anwar sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");