Jenayah

Remaja China potong tangan kiri untuk lupakan ketagihan Internet

SUZHOU, 5 Februari:

Seorang remaja China berusia 19 tahun begitu terdesak untuk pulihkan dirinya daripada ketagihan Internet lalu dia potong tangan kirinya dengan pisau dapur minggu lepas.

Remaja itu yang hanya dikenali dengan nama “Little Wang”, berasal dari Natong, wilayah Jiangsu, dilaporkan mengambil pisau dari rumahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan meninggalkan nota di atas tempat tidurnya memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan ke hospital.

Dia kemudian memotong tangan kirinya di bahagian pergelangan tangan sambil duduk di sebuah bangku di perhentian bas.

Bahagian tangan yang dipotong dibiarkan di situ sahaja dan dia mengambil teksi ke hospital tempatan, di mana doktor berjaya pasang semula tangan selepas polis temuinya.

Ia adalah tidak diketahui sama ada dia akan kembali pulih sepenuhnya atupun tidak.

Televisyen tempatan kemudian menunjukkan imej bangku yang terdapat kesan darah di mana dia nampaknya melakukan perbuatan itu.

Ibu Little Wang memberitahu pemberita: “Kami tidak dapat menerima apa yang telah berlaku, dia adalah seorang budak yang bijak…”

Dia kemudian menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa dia membenci dirinya atas ketagihan Internet terutamanya ketika menjelang peperiksaan sekolah dan dia tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran.

Satu laporan 2010 oleh Persatuan Belia Internet China mendedahkan 24 juta, atau 14.1 peratus daripada pengguna Internet muda, adalah penagih talian.

Sehingga tahun lepas, sebanyak 250 kem latihan tentera telah ditubuhkan di negara ini untuk membantu mereka membendung ketagihan internet golongan muda ini.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");