RIHANNA adalah antara segelintir artis yang berani mencuba sesuatu yang baharu dalam karier seninya.
Sama ada menerusi muzik atau fotografi, Rihanna sentiasa memberikan yang terbaik dan lain daripada yang lain.
Terbaru, menerusi sesi fotografi bersama majalah fesyen Harper’s Bazaar, Rihanna mencabar diri dengan menjalani sesi fotografi bersama jerung di sebuah akuarium yang terletak di Tampa, Florida.
Lebih menarik, Rihanna bersetuju untuk mejalani sesi fotografi ini adalah untuk meraikan ulang tahun ke-40 filem Jaws yang turut merupakan antara filem kegemarannya.
-sinar harian
Komen & Pendapat