Perak Hari Ini

RM7,500 Kos Rawatan Pembedahan Jantung Warga Emas

IPOH: Seorang warga emas berusia 62 tahun memerlukan bantuan kewangan dianggarkan berjumlah RM7,500 bagi menampung kos pembedahan jantungnya yang tidak berfungsi dengan baik.

Mok Ah Hah, 62, disahkan menghidapi penyakit berkenaan awal Februari yang lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.

Beliau yang bekerja sebagai penjual kuih dan dibantu oleh isteri serta anaknya berkata, pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan tersebut.

“Pendapatan yang diperolehi hasil menjual kuih hanya sekitar RM1,500 sebulan.

“Ia dibelanjakan untuk membayar sewa rumah berjumlah RM400 sebulan dan bakinya digunakan bagi menyara hidup kami sekeluarga.

“Jumlah itu sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan jantung saya,” katanya lagi.

Justeru, bapa kepada tiga orang anak yang berusia 11, 15 dan 17 tahun itu berharap agar orang ramai sudi menghulurkan bantuan kewangan kepada beliau sekeluarga.

Dua daripada anak Ah Hah tidak bersekolah dan salah seorangnya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lembam dan hanya mampu menolong ibu bapanya menjual kuih.

Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya sudah meminta keluarga tersebut supaya memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita telah mengeluarkan surat sokongan untuk Ah Hah memohon bantuan kepada JKM berhubung masalah berkenaan.

“Saya harap pihak terbabit dapat memberikan bantuan dengan segera kerana keadaan kesihatan warga emas itu tidak begitu mengizinkan dan bila-bila masa degupan jantungnya boleh berhenti,” ujar Rawi lagi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Hong Leong Bank di nombor 35350036042 atas nama Lew Lai Sim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");