Perak Hari Ini

Rumah, Kereta Musnah Kebakaran di Langkap

LANGKAP: Sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran di Taman Harumi dekat sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra musnah hampir 80 peratus.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.15 petang dan sebelum jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, sebuah rumah teres musnah didapati terbakar hampir 60 peratus,” katanya.

Pasukan yang diketuai oleh PPgB Aizal Imri Abd Rahman kemudiannya menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan peralatan dan sumber air daripada jentera.

Katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 60 minit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");