Sukan Hari Ini

Saya paling hebat: Soon Huat

Kuala Lumpur: Muncul juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur membuktikan Goh Soon Huat lebih handal berbanding pemain perseorangan kebangsaan lain, termasuk Liew Daren.

Soon Huat yang mewakili Melaka, muncul juara apabila mudah menumpaskan pemain bebas Tan Chun Seang (Kedah) 21-12, 21-19 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Selepas perlawanan tamat, Soon Huat mengakui dia lebih hebat berbanding Daren yang sebelum ini banyak menggalas tugas mewakili negara di beberapa kejohanan utama di luar negara.

“Saya dan dia (Daren) lebih kurang sama. Tapi dia di dalam gelanggang kurang yakin,” katanya yang menumpaskan pemain berkenaan di separuh akhir kelmarin.

Soon Huat yang muncul juara Terbuka Sabah tahun lalu mengaku gembira meraih kejuaraan sulung tahun ini dan bertekad beraksi lebih baik menjelang Cabaran Antarabangsa Austria dan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Jerman selepas ini.

“Saya harap dapat mencatat keputusan bagus di Austria dan Jerman. Saya juga bersedia menggalas tanggungjawab besar dalam skuad kebangsaan.

“Saya juga akan buktikan jika terpilih mewakili skuad negara menjelang Sukan SEA 2015 Singapura Jun ini. Sebelum ini saya pernah ke temasya berkenaan, tetapi diletakkan sebagai pemain simpanan. Tahun ini saya mahu turun gelanggang dan memperbaiki ranking untuk menggapai impian layak ke temasya Olimpik,” katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 semalam.

Sementara itu, bagi beregu lelaki pula, gandingan Tan Wee Gieen-Teo Ee Yi muncul juara selepas mengalahkan Mohd Lutfi Zaim-Abdul Khalid 21-16, 21-11.

Perseorangan wanita pula menyaksikan pemain berusia 15 tahun, Goh Jin Wei (Pulau Pinang) menumpaskan Lim Yin Fun (Kuala Lumpur) 21-13, 22-24, 21-19.

Gandingan pemain kebangsaan, Soong Fie Cho-Lim Yin Loo pula muncul juara beregu wanita selepas menumpaskan Chin Kah Mun-Chow Mei Kuan 21-13, 21-4 manakala Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul kejuaraan beregu campuran apabila mengalahkan pilihan utama, Wong Fai Yin-Chow Mei Kuan 21-16, 21-19.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");