Berita Hari Ini

Sekretariat khas selaras bantuan pasca banjir

LIPIS – Kerajaan mewujudkan sebuah sekretariat khas kekal di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi menyelia semua bentuk bantuan pasca banjir, termasuk pembinaan dan pembaikan rumah rosak, di negeri-negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa berkenaan yang akan diketuai Timbalan Ketua Pengarah ICU Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof akan dapat melicin dan mempercepatkan segala bentuk bantuan yang ingin disalurkan baik oleh kerajaan mahupun swasta.

Beliau berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguan Rabu lepas memutuskan supaya sebuah sekretariat tetap dan pasukan petugas ditubuhkan di bawah Timbalan Ketua Pengarah ICU, dibantu oleh beberapa agensi tertentu dan jabatan kerajaan.

“Ini bagi membolehkan segala urusan pasca banjir dapat dilaksanakan lebih tersusun dan teratur terutama pelaksanaan projek pembinaan rumah mangsa banjir yang musnah dan rosak teruk selain urusan pembaikan infrastruktur seperti jalan dan jambatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di Dewan Kampung Aur Gading, Kuala Lipis di sini hari ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");