Berita Hari Ini

Semua perlu peka

Gua Musang: Rakyat perlu peka dan tidak terbabit dengan pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata mensabotaj ekonomi boleh berlaku di mana-mana negara, namun yang penting rakyat perlu mempunyai ketahanan tidak merusuh dan mengambil kesempatan terhadap perbuatan berkenaan.

“Mensabotaj ekonomi sesebuah negara boleh berlaku dari semasa ke semasa. Bagi menguji kekuatan sesebuah negara itu bukan sahaja dari segi ketenteraannya, dari segi bagaimana mereka mempertahankan keselamatan, malah untuk mewujudkan suatu sistem dengan rakyatnya mempunyai ketahanan untuk tidak merusuh, tidak mengambil kesempatan adalah aspek yang perlu kita beri penekanan,” katanya selepas Program Sentuhan Kasih beliau bersama mangsa banjir di Kampung Bertam Baru di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan terhadap dakwaan mengenai kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Ahmad Shabery berkata ada sesetengah negara apabila berlaku sedikit sahaja ancaman dari segi ekonominya, rakyat negara itu keluar ke jalan raya dan memburukkan lagi keadaan.

“Tetapi dalam soal ini, kita dilihat lebih bersatu kecuali mereka yang sememangnya mahu melihat kalau negara kita diserang, mata wang akan jatuh, harga barang akan jadi mahal atau barang tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu berwaspada terhadap pihak yang mensabotaj ekonomi negara memandangkan mata wang negara ini pernah disabotaj sebelum ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");