Sukan Hari Ini

Semut merah fokus aksi lawan Pulau Pinang

PENGENDALI Semut Merah, E Elavarasan mahu barisan pemainnya melupakan kekalahan dan memberi tumpuan sepenuhnya menjelang pertemuan menentang Pulau Pinang, di Stadium Bandaraya, malam ini.

Melihat lawan sebagai pasukan pilihan dalam saingan Liga Perdana, Elavarasan mahu kebangkitan dipamerkan untuk memburu sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan.

“Kami akui Pulau Pinang antara pasukan pilihan dalam saingan kali ini, untuk terus berada dalam perebutan kejuaraan kami perlu mengutip mata.

“Pemain telah diberitahu untuk melupakan kekalahan minggu lalu, tumpuan kini adalah aksi menentang Pulau Pinang,” katanya.

PKNS kini berada di tangga keenam liga dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan, manakala Pulau Pinang di tangga kelima dengan empat mata selepas mencatat satu menang dan satu seri.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");