Perak Hari Ini

Seorang Maut Nahas Kereta Langgar Tiang Elektrik

SIMPANG PULAI : Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar tiang elektrik, dekat sini, petang tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku di Jalan Taman Herba Simpang Pulai sekitar jam 1.09 petang tadi.

IMG-20150203-WA0003

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Iswara yang terbabas lalu melanggar tiang eletrik,” katanya.

Tambah sumber lagi, usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit berjaya dilakukan dengan menggunakan peralatan menyelamat khusus.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBK II Yusop Ghazali itu berakhir sekitar 1.46 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");