Panasnya Hari Ini

Shafee Selar Barat Kerana Pendirian Berat Sebelah

Individu yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan menyangkal tindakan pihak yang mempersoalkan merit kemenangan dan mempertikaikan kes tersebut yang berdasarkan kepada fakta.

Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai barisan pendakwaraya dalam kes liwat itu menyatakan
beberapa pihak telah mengambil tindakan luar batasan untuk menjejaskan reputasi keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan sabitan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.

Beliau melihat perkara itu berdasarkan tindakan beberapa kerajaan luar dan organisasi pro pembangkang termasuklah Majlis Peguam Malaysia yang menyokong pendakwaan selektif terhadap Anwar.

Kumpulan ini katanya kepada The New Straits Times dalam satu temuramah semalam, akan tahu hakikat sebenar selepas mereka memeriksa kenyataan penghakiman bertulis yang akan dikeluarkan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

“Mereka tidak akan berani untuk berbuat demikian di mana fakta semuanya ada di situ. Mereka enggan melihat semua fakta.

“Kami (pihak pendakwaraya) bertindak dengan betul untuk hujahan kes kami. Malah, kami mengambil tindakan berani pada hari pertama perbicaraan dengan memanggil Saiful sebagai saksi pertama apabila secara normalnya pendakwaraya akan memperkenalkan perkara lain supaya pihak yang dituduh akan rasa lebih selesa,” katanya.

Shafee berkata beliau mempunyai masalah dengan kritikan yang tidak mahu memeriksa kes dan hasil keputusannya berdasarkan kepada fakta.

“Saya kecewa dengan Amerika Syarikat dan juga Britain. Sementara Australia pula sentiasa kelihatan mempunyai fikiran prejudis.

“Mereka menolak untuk memeriksa fakta. Jika mereka melakukannya, barulah mereka sedar penghakiman cuma memeriksa apa yang dipersembahkan di hadapan mereka,” katanya.

Beliau juga mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong yang menyatakan sabitan terhadap Anwar adalah lebih kepada pendakwaan politik daripada jenayah.

“Apabila saya baca kenyataan itu, saya hilang semua hormat terhadapnya. Beliau tidak tahu apa yang diungkapkannya. Mungkin sebab beliau bukan seorang peguam jenayah.

“Bagaimana anda menyatakan kes ini tiada mangsa yang terlibat. Mangsa mempunyai wajah dan keadilan bukan hanya untuk orang besar tetapi juga orang kecil seperti Saiful, yang digambarkan oleh Anwar sebagai orang yang gagal dalam pelajaran,”.

Shafee berkata, mereka yang mempertikaikan keputusan mahkamah perlu mengambil masa untuk memeriksa dan menilai fakta secara objektif dan mengetepikan semua emosi.

“Kemudian, barulah mereka akan lihat mengapa mahkamah membuat keputusan itu dan bukan keputusan yang lain kerana fakta yang diberikan begitu menyakinkan.

“Walaupun di Mahkamah Tinggi Anwar dibebaskan, ia hanya berdasarkan satu fakta iaitu beg plastik yang dipotong oleh pegawai penyiasat yang menjejaskan integriti bahan bukti.

“Tetapi mahkamah dari awal lagi konsisten menyatakan Saiful adalah saksi yang boleh dipercayai,” katanya.

Shafee berkata, kenyataan ia sebuah konspirasi politik adalah cara mudah untuk menarik minat rakyat untuk menyokong idea tersebut.

Beliau berkata, untuk menyokong teori konspirasi, pertamanya mereka harus menjelaskan bagaimana pasukan penyiasat mendapatkan sperma Anwar.

“Ia sudah tentu bukan dalam bank sperma. Harus diingat sperma yang perlu diambil mesti dalam tempoh 48 hingga 56 jam usianya. Di mana kita boleh mendapatkannya? Lagipun, Anwar tidak pernah menyatakan beliau meninggalkan sperma di mana-mana”.

Beliau turut menyelar tindakan Washington yang membantah keras keputusan mahkamah dan menyatakan adalah lebih baik jika mereka tidak campur tangan dan menjaga urusan sendiri.

Liwat katanya, tertera dalam muka surat buku undang-undang Malaysia yang mana Barat menggelarkannya dengan nama berbeza, iaitu pencabulan seksual.

“Jika mereka mahu menolak kepercayaan agama atau budaya, itu hak mereka. Mengapa mereka perlu sentuh moral atau nilai agama yang telah termaktub dalam undang-undang kita, apabila kita tidak pernah beritahu apa yang perlu mereka buat.

“Lihat Amerika Syarikat, mereka memperkatakan mengenai undang-undang pencegahan negara kita. Tetapi lihat kepada Akta Keselamatan Negara berbanding dengan Akta Patriot yang begitu menakutkan dan ia masih dikekalkan.

“Mereka perlu cermin diri sendiri sebelum kritik kita. Mereka mempunyai akta yang teruk tetapi punya keberanian untuk mengkritik undang-undang kita,” katanya.

Shafee berkata, secara peribadi, beliau percaya sokongan Barat terhadap Anwar mungkin disebabkan oleh hubungan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua belah pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");