Membawang Hari Ini

Sherry bawa haluan sendiri

UMUM mengetahui pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini telah meninggalkan Laugh Out Loud (LOL) Entertaiment selepas dua tahun bersama syarikat berkenaan.

Menurut Syarizad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Sherry Ibrahim ini, tindakannya itu telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak sementelah dia dan pihak pengurusan mempunyai hubungan baik sehingga hari ini.

“Walaupun ada ura-ura yang mengatakan saya keluar dari LOL Entertaiment kerana masalah peribadi dan isu dalaman tetapi semua itu tidak benar. Sehingga hari ini pun saya masih berhubung dengan mereka,” katanya.

Jelas pelakon berusia 32 tahun ini, meskipun agak kelam kabut menguruskan kariernya sendiri kini, tetapi dia mengambilnya dengan positif.

“Mula-mula ni memang bercelaru juga. Ialah, biasanya ada orang uruskan kita, tetapi sekarang semua kena buat sendiri. Apa pun, ini satu pengalaman baru bagi saya,” katanya yang semakin selesa bergerak sendiri.

Tidak terlepas dengan kisah peribadinya, akui Sherry, hubungannya bersama Fattah Amin, baik-baik sahaja.

“Masing-masing sedang sibuk dengan karier. Kalau nak cerita soal kahwin memang lambat lagi. Insya-Allah, jika ada jodoh, tidak ke mana. Doakan kami,” katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri terbaharu, Keluarga Karaoke, di Mustika HD,
bermula 9 Februari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");