Sukan Hari Ini

‘Sistem kiraan 11 mata tidak penatkan pemain’

LEGENDA China, Zhao Jian Hua percaya sistem kiraan 11 mata akan memberi perubahan yang ketara dalam badminton antarabangsa sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperkenalkan sistem tersebut.

Jian Hua yang sekarang ini menjadi ketua jurulatih di kelab Guangxi tidak menolak kemungkinan semua pemain mampu mencabar antara satu sama lain jika sistem itu dikekalkan.

“Sistem 11 mata tidak akan memenatkan pemain. Malah ia juga akan memberi peluang kepada pemain muda untuk mengatasi pemain senior kerana dalam sistem ini peluang seimbang kepada semua.

“Lagipun, saya rasa susah untuk pemain menang straight set dengan sistem ini, mungkin paling selesa 3-1, apa pun perlawanan akan berlangsung lebih menarik nanti,” katanya, semalam.

Bekas juara All England 1985 dan 1990 itu juga yakin dengan adanya sistem tersebut, permainan tidak akan berlangsung dalam tempoh yang lama malah ia akan menghasilkan aksi luar biasa dan pantas.

Katanya, pemain muda mungkin berasa sedikit sukar dengan sistem itu, namun mereka perlu lebih agresif dan bekerja keras untuk menyesuaikan diri.

“Saya yakin semua pemain akan teruja dengan kiraan sistem ini,” katanya yang menjadi jurulatih jemputan kepada kelab Ampang Jaya BC dalam saingan Kopiko Purple League.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya prestasi skuad negara selepas Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia dan GP Emas Terbuka India, jurulatih berusia 49 tahun itu bagaimanapun tidak mengetahui perkembangan badminton negara susulan sibuk dengan kejohanan di China.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");