Jenayah

Tak balik lepas berzumba

Bandar Baharu: Kehilangan seorang lelaki buat kali kedua tanpa sebarang berita sejak tiga minggu lalu menimbulkan kebimbangan ibu bapanya mengenai keselamatan termasuk tahap kesihatan anak ketiga daripada lima beradik berkenaan.

Abu Bakar Awang Kechil, 64, dari Jalan Parit Kutan, Kampung Bagan Samak, di sini, berkata anaknya Asmadi Balkhis, 30, gagal dikesan sejak 31 Januari lalu selepas dia menghantarnya ke ke stesen kereta api Parit Buntar, Perak kerana mahu menghadiri program tarian zumba di Seremban, Negeri Sembilan.

Menurutnya, dia bersama isteri Zaleha A Rahman, 62, dengan bantuan ahli keluarga sudah melakukan pelbagai usaha bagi menjejaki anaknya, namun sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana gagal dikesan.

“Sebelum ini Asmadi pernah tidak balik dalam beberapa hari ketika berada di Kuala Lumpur kerana keadaan kesihatan kurang baik akibat penyakit misteri, tetapi kembali pulih selepas berubat. Namun, saya tidak sangka dia akan bertindak sebegini semula,” katanya.

Menurutnya, adik-beradik lain sudah mencuba banyak kali menghubungi Asmadi, namun tiada maklum balas malah mereka juga membuat majlis bacaan Yassin tetapi masih gagal menemuinya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Asmadi boleh menghubunginya di talian 017-4999117 atau 05-7172092 atau balai polis berhampiran.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");