Panasnya Hari Ini

Tindakan Bersih Persoal SPR Punya Motif Politik

Timbul persoalan kenapa Bersih begitu beria-ia mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu dalam persempadanan semula negeri Sarawak kerana tidak mengikut Perlembagaan.

Sepatutnya, Bersih didaftarkan sebagai parti politik kerana mereka sebenarnya memperjuangkan parti pembangkang, bukannya memperjuangkan pilihan raya yang adil dan telus.

Bersih dijadikan alat untuk memperbodoh-bodohkan rakyat dan menggagalkan usaha kerajaan mewujudkan negara yang aman dan damai.

Pastinya Bersih mepunyai agenda yang sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih Putrajaya kerana setiap cadangan itu lebih menguntungkan DAP dan PKR. Bersih cuba menipu rakyat dengan dakwaan palsu dan mencipta persepsi negatif untuk mengganggu tugas SPR.

Anggota Bersih kebanyakannya adalah ahli DAP, PAS dan PKR. Jadi tidak mustahil Bersih dijadikan saluran untuk menjayakan agenda PR dengan mencipta persepsi negatif dan rasa curiga di kalangan rakyat untuk membangkitkan rasa benci kepada SPR dan kerajaan secara keseluruhannya.

Apabila PR menang dalam pilihan raya, mereka akan diam. Bila mereka kalah, kecoh satu dunia mereka canangkan bahawa SPR menipu dan Bersih juga digunakan untuk membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti dan asas yang kukuh. Agaknya, apabila mereka dapat perintah Putrajaya, baru dikatakan SPR adil agaknya.

Hakikatnya, benarkah pengundi sendiri yang membantah atau PKR yang membantah dengan memasukkan nama-nama pengundi sebagai pembantah tanpa pengetahuan dan kebenaran pengundi?

Sumber memberitahu penulis ada beberapa kumpulan yang beria-ia kononnya membantah tetapi yang datang hanya dua atau tiga orang sahaja. Di mana yang lain?

Persoalannya, adakah nama pengundi digunakan oleh Bersih dan PKR untuk mencukupkan senarai 100 orang pembantah?

SPR tidak perlu layan dakwaan bodoh PKR dan Bersih kerana mereka yang sebenarnya melanggar Perlembagaan dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Jika semua pihak mahu masuk campur dalam tugas SPR dengan memaksa cadangan mereka diterima dan dilaksanakan, maka ia tidak akan memberi keadilan kepada semua pihak.

SPR sepatutnya diberi kepercayaan untuk mlaksanakan tugasnya dengan bebas dan telus agar dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

Jika SPR mengikut desakan itu, ia pasti akan menguntungkan pihak tertentu sahaja.

PKR dan DAP sepatutnya memberi fokus kepada usaha untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat bagi menarik sokongan dengan menonjolkan usaha terbaik untuk membantu rakyat bukannya menjadikan SPR sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan mereka yang gagal menarik sokongan rakyat.

Sempadan fizikal bukanlah penentu kepada kemenangan sesuatu parti kerana buktinya, negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan diperintah oleh PR, malah Kedah dan Terengganu juga pernah diperintah kerajaan pembangkang.

Di semua negeri ini, SPR juga yang membuat persempadanan itu.

Jadi, soal persempadan yang dibuat SPR untuk kepentingan BN atau parti pmerintah adalah mengarut sama sekali. Jika benar persempadanan yang dibuat SPR menjadi penentu kepada kemenangan parti, sudah tentu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tidak akan berada di bawah pemerintahan parti pembangkang.

Laporan sebuah badan bebas yang mengatakan sistem pilihan raya di Malaysia adalah antara yang paling teruk adalah dicurigai.

Kaedah kajian yang digunakan oleh badan itu sangat diragukan kebenarannya kerana mereka tidak pernah berjumpa dengan SPR untuk mendapatkan input.

Adakah kajian ini dibuat dengan berpandukan input-input yang diberikan oleh BERSIH dan PR?

Jika dibandingkan dengan beberapa negara lain, sistem pilihanraya di Malaysia adalah baik dan tidak seteruk hasil kajian itu.

Tetapi, inilah hakikat bahawa sesetengah pihak membuat kajian sering mendapatkan input sebelah pihak untuk merumuskan kajian mereka termasuklah juga dalam laporan pemerdagangan manusia, indeks rasuah dan indeks kebebasan media.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");