Panasnya Hari Ini

UPDATE: Keputusan Kes Liwat Anwar

11.55 pagi: Hakim berkata bahawa Anwar tidak langsung mempertikaikan keberadaan beliau di kondominium dimana kes liwat didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan bahawa Saiful turut berada di situ.

11.50 pagi: Hakim menyentuh berkenaan saksi pembelaan lain termasuk keterangan bekas pembantu Anwar iaitu Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful yang merupakan seorang penyokong Barisan Nasional (BN) telah berkhidmat untuk ketua pembangkang.

11.44 pagi: Hakim mula menyentuh berkenaan soal alibi Anwar.

11.40 pagi: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

11.31 pagi: Hakim Arifin menagmbil masa lebih daripada sejam untuk membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata. Anwar kelihatan memejamkan mata sambil tertunduk di kandang tertuduh.

11.24 pagi: Hakim telah memutuskan tiada gangguan berlaku pada penjagaan sampel dan mengatakan bahawa pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh sebab yang demikian, beliau memutuskan bahawa sampel DNA Anwar tidak tercemar.

11.20 pagi: Arifin berkata sampel DNA yang diperolehi adalah boleh dipercayai walaupun degradasi

11:12 pagi: Arifin berkata, tidak ada sebarang pelanggaran hak perlembagaan Anwar apabila beliau ditahan dan sampel yang diambil dari barang-barang dalam lokap.

11.05 pagi: Ketua hakim menyimpulkan bahawa Anwar memang menggunakan bahan bukti yang diperolehi dari lokap kerana sel itu sebelumnya adalah tidak dihuni dan kosong.

11.03 pagi: Hakim telah menyentuh berkenaan keterangan daripada ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta mengenai hakim perbicaraan yang mempunyai bukti yang cukup dimana ianya saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, ia berjaya membuktikan kes prima facie dan Mahkamah Rayuan telah bersetuju dengannya.

10.59 pagi: Arifin berkata panel yang hadir bersetuju bahawa terdapat bukti yang nyata untuk menyokong testimoni Saiful. Beliau berkata PW1 (Saiful) adalah pelaku yang tidak rela.

10.43 pagi: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.39 pagi: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.24 pagi: Keadaan di luar Kompleks Istana Kehakiman pada ketika ini masih terkawal. Penyokong Ketua Pembangkang itu dilihat duduk di kaki lima sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR.

10.20 pagi: Penyokong mangsa dalam kes liwat tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiba di luar Istana Kehakiman.

10.17 pagi: Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya diperlukan untuk mensabitkan kesalahan.

Ariffin berkata lagi, Saiful mula berkhidmat kepada Anwar pada awal tahun 2008 dimana beliau berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

10.14 pagi: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membaca ringkasan kes tersebut. Arifin menjelaskan bahawa kesalahan dan hukuman bagi persetubuhan luar tabii adalah di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau berkata penembusan sahaja adalah menjadi suatu kesalahan.

10.12 pagi: Perbicaraan kes Anwar bermula.

9.10 pagi: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir ke mahkamah. Beliau kemudiannya dibenarkan masuk ke kamar mahkamah.

9.06 pagi: Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memasuki ruang sidang .

9.05 pagi: Anwar masuk ke kamar Mahkamah Persekutuan.

9.00 pagi: Anwar tiba di Kompleks Istana Kehakiman bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah.

8.57 pagi: Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah tiba dan memasuki ruang sidang.

8:36 pagi: Peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh, pula masuk ke dalam mahkamah .

8.30 pagi: Peguam Utama Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram kelihatan memasuki ruang sidang mahkamah.

8.15 pagi: Beberapa kumpulan kecil penyokong Anwar mula memenuhi bahagian luar Kompleks Mahkamah Persekutuan.

8 pagi: Kira-kira hampir 200 penyokong pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk berarak ke Istana Kehakiman.

7.50 pagi: Pihak media dibenarkan masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan untuk membuat liputan.

7.10 pagi: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar tiba di situ.

7 pagi: Wartawan dan pihak media dari dalam dan luar negara mula memenuhi perkarangan Kompleks Istana Kehakiman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");