Panasnya Hari Ini

Wanita UMNO Gerakkan Skuad Pengguna Kesan Peniaga Tamak

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO akan menggerakkan ‘Skuad Pengguna’ ke seluruh negara bagi mengenalpasti kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan.

Ia susulan keengganan sebahagian besar peniaga di negara ini menurunkan harga barangan walaupun harga minyak sudah mengalami penurunan.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia antara perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat exco Wanita dalam usaha untuk membantu penurunan harga barangan.

“Kita akan menyampaikan informasi kepada wanita yang merupakan kuasa beli terbesar di negara ini untuk membeli barangan daripada peniaga yang menawarkan harga yang berpatutan.

“Kita juga juga akan mendesak agar golongan wanita keluar dari kepompong selesa dengan menggunakan kuasa beli mereka untuk membuat pembelian di kedai-kedai yang menawarkan harga rendah,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, langkah yang dilakukan itu diharap mampu memberikan tekanan kepada para peniaga untuk menurunkan harga barang yang dijual bersesuaian dengan penurunan minyak.

“Kita akan menggerakkan Skuad Pengguna Pergerakan Wanita UMNO dalam usaha memastikan perkara tersebut menjadi satu realiti.

“Skuad ini akan mengenalpasti premis-premis perniagaan yang menawarkan harga mampu milik.

“Ia bertujuan untuk menjadikannya sebagai tumpuan dalam memastikan ketetapan dapat dijalankan secara menyeluruh di peringkat akar umbi,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");