Perak Hari Ini

Wisma Putra Perlu Tegur Duta Amerika Syarikat Kritik Keputusan Mahkamah

PASIR SALAK: Kerajaan melalui Wisma Putra perlu mengambil tindakan tegas terhadap Duta Amerika Syarikat yang mengkritik keputusan badan kehakiman negara berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman, jika duta negara itu mengeluarkan kenyataan tersebut, ia seperti mewakili kerajaan Amerika Syarikat.

Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia perlu menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh duta tersebut.

“Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra perlu melakukan teguran supaya negara luar tidak sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan negara kita,” katanya.

Ini kerana Malaysia katanya, sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Duta Amerika ini perlu dipanggil dan diberi teguran.

“Jangan ada mana-mana pihak campur tangan dan jika inginkan hubungan baik antara dua buah negara,  maka perlu ada persefahaman,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan protes penyokong Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam, Tajuddin berkata mereka bertindak sedemikian  kerana tidak boleh menerima keputusan mahkamah.

“Jika rakyat sudah tidak menghormati keputusan mahkamah dan tidak tunduk kepada undang-undang, apa yang akan terjadi kepada negara kita ini?,” tegasnya.

Tambahnya lagi, jika keadaan itu berlarutan, sesebuah negara itu akan berpandukan undang-undang rimba semata-mata.

“Rakyat sepatutnya faham dan tidak bertindak sedemikian,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");