Perak Hari Ini

10 Jun Tarikh Bicara Bekas Menteri Besar Perak Fitnah Najib

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan 10 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan membabitkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua tahun lalu.

Keputusan perbicaraan yang akan berlangsung selama tiga hari itu ditetapkan oleh Hakim Norhayati Mat

Beliau didakwa mengikut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, 30 Januari lalu, beliau meminta supaya dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Ipoh dan mengaku tidak bersalah bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Datuk A Samad Said yang diadakan di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Dalam ucapannya itu , Mohammad Nizar didakwa menuduh Najib telah memanggil semua pemimpin angkatan tentera untuk bertanyakan pendirian mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");