Perak Hari Ini

20,000 Umat Islam Dijangka Hadir ‘Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat’

IPOH: Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan menganjurkan program ‘Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat’ di Stadium Mini Bagan Serai, pada 12 Mac ini.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh tokoh selawat Nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Menurut pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad, ini adalah kali ketiga tokoh selawat Nusantara itu hadir ke Perak.

“Kali pertama Syech Abdul Qadir hadir ke Perak adalah pada tahun 2012 iaitu program Perak Berselawat yang di Dataran Ipoh yang telah berjaya menarik seramai 15,000 hadirin.

“Kali kedua pula dianjurkan pada April 2014 di Stadium TLDM Lumut sempena Hari Tentera Laut yang telah berjaya menarik hampir 20,000 pengunjung,” kata beliau lagi.

Tambahnya lagi, Kerian Berselawat dijangka mampu menarik lebih daripada 20,000 pengunjung bukan sahaja dari daerah Kerian tetapi juga dari kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan juga Bandar Baharu, Kedah.

“Program akan bermula sejak 10 Mac lagi dengan karnival jualan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan nasyid.

“Kemuncak program ini adalah pada malam 12 Mac dan pengunjung dinasihatkan datang seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikut arahan daripada pihak polis dan pasukan RELA semasa program berlangsung,” tambah beliau lagi.

Menurutnya, solat Maghrib dan Isya’ akan diadakan stadium mini tersebut dan akan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Bagan Serai.

Pengunjung disarankan agar membawa sejadah serta berpakaian jubah putih bagi lelaki dan bertelekung bagi wanita sepanjang program itu yang bakal bermula pada jam 9 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");