Perak Hari Ini

30,000 Umat Islam Hadir Program Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat

BAGAN SERAI: Sekitar 30,000 umat Islam memenuhi ruang perkarangan Stadium Mini Bagan Serai bagi memeriahkan program ‘Malam Cinta Rasul, Kerian Berselawat’ anjuran Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (KADIR), malam tadi.

PERAK TODAY 17

Majlis tersebut tambah meriah dengan kehadiran tokoh selawat Nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Program turut dihadiri sama barisan para exco Kerajaan negeri.

Kali ini merupakan kunjungan dan persembahannya Habib Syech Abdul Qadir ketiga di Perak selepas dua kunjungan terdahulu yang berjaya menarik ramai pengunjung berselamat bersama-sama.

Kehadiran orang ramai kelihatannya bukan sahaja dari Kerian tetapi juga dari kawasan berdekatan seperti Nibong Tebal dan juga Pulau Pinang.

Terdahulu, karnival jualan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan nasyid dianjurkan sejak 10 Mac yang lalu.

PERAK TODAY 9

Majlis bermula dengan  solat Maghrib dan Isyak yang  diadakan di stadium mini tersebut dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Bagan Serai.

Pengunjung telah memenuhi ruang stadium sekitar jam 7 petang tadi dan mula berselawat beramai-ramai sekitar jam 9 malam.

IMG-20150313-WA0002

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");