Sukan Hari Ini

Ancelotti berang aksi tumpul Real

MADRID: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti menggkritik corak permainan ditampilkan skuad bimbingannya yang disifatkan kurang pantas dan tidak tajam selepas pendahulu La Liga itu diikat Villarreal 1-1 di laman sendiri, Bernabeu awal pagi tadi.

Selepas membuka tirai jaringan menerusi penalti Cristiano Ronaldo pada minit ke-52, Real terpaksa menerima hakikat pahit apabila Villarreal meledak jaringan penyamaan menerusi Gerard Moreno pada minit ke-64.

Keputusan seri itu sekalipun tidak mengganggu kedudukan Real di puncak liga, mereka kini hanya dibezakan dengan dua mata di atas pasukan di tangga kedua, Barcelona berbaki 13 perlawanan.

Lebih mencetus berang Ancelotti, ini kali pertama juara Eropah itu gagal mencatat kemenangan di laman sendiri dalam saingan La Liga sejak ditewaskan Atletico Madrid pada September tahun lepas selain keputusan seri pertama musim ini.

“Pada separuh masa pertama, rentak kami amat perlahan,” kata Ancelotti.

“Kami banyak melakukan hantaran kerana pergerakan bola itu perlahan.

“Rentaknya berubah pada babak kedua namun kami tidak efisen dengan peluang yang kami cipta. Kami tidak menggunakan peluang terbaik untuk cuba menjaringkan gol.

“Kami melakukan 24 cubaan namun hanya tujuh cubaan tepat,” katanya.

Keputusan seri menentang Villarreal adalah duka terbaharu buat Real, tahun ini selepas menamatkan rekod 22 kemenangan berturut-turut tahun lepas dalam semua kejohanan.

Bulan lepas saja, gergasi Sepanyol itu tewas 2-1 kepada Valencia dalam La Liga selain disingkirkan Atletico Madrid dalam saingan Piala Raja Sepanyol.

Real dijadual bertemu Barcelona dalam tempoh tiga minggu akan datang yang dijangka menjadi penentu penting kejuaraan musim ini. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");