Sukan Hari Ini

Ayuh! Bangkit dan menang

AYUH! Bangkit dan menang,” kata pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kepada rakan sepasukannya yang akan menggalas cabaran negara dalam Terbuka Malaysia 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, esok.

Walaupun menyedari bahawa laluan pemain negara khususnya perseorangan lelaki agak sukar, namun Chong Wei tetap menaruh harapan tinggi barisan pemain mampu melakukan sesuatu, tambahan pula beraksi di halaman sendiri.

“Amat menyedihkan saya tak dapat bermain, tapi saya akan berada di sana sepanjang kejohanan untuk memberi sokongan kepada pemain negara.

“Saya melihat peluang 50-50 kerana pusingan kelayakan juga kuat. Susah saya nak ramalkan. Chong Wei Feng dan Liew Daren perlu berusaha walau apa cara sekali pun dan seboleh-bolehnya kita nak ada wakil dalam undian utama kerana kita bermain di laman sendiri sebelum ini pun tidak pernah tiada wakil.

“Kalau tiada wakil maknanya ini Terbuka Malaysia terburuk dalam sejarah buat skuad kebangsaan. Saya harap beraksi di hadapan penyokong sendiri akan memberi motivasi kepada pemain dan bermain tanpa tekanan,” katanya.

Untuk rekod, Chong Wei adalah juara 10 kali perseorangan lelaki dan penyandang juara Terbuka Malaysia sebelum pemain nombor lapan dunia itu digantung atas kesalahan doping tahun lalu.

Selepas kali pertama memenanginya pada 2004, Chong Wei meneruskan kecemerlangan itu untuk dua tahun berikutnya sehingga 2006.

Edisi yang gagal dimenangi Chong Wei ialah pada 2007 apabila jaguh Denmark, Peter Gade menjuarai gelaran itu.

Lin Dan, Chen Long pilihan

Atas kertas, dua pemain China, Lin Dan dan Chen Long berpeluang untuk merampas gelaran Terbuka Malaysia selepas 10 kali dipegang Chong Wei.

Chong Wei yang tak dapat beraksi apabila masih dalam penggantungan percaya dua pemain Tembok China itu akan menguasai acara perseorangan lelaki kali ini.

“Lin Dan dan Chen Long ada peluang yang cerah untuk memenangi kejuaraan kali ini. Mereka memiliki ketangkasan yang tajam dan cepat.

“Tapi, tiada mustahil pemain lain mampu melakar kejutan, mungkin Jan O Jorgensen dari Denmark, Kento Momota (Jepun) dan K Srikanth (India) mampu melakukannya,” katanya.

Dalam acara beregu lelaki, Chong Wei meletakkan harapan pada Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

“V Shem-Wee Kiong telah menunjukkan kemajuan dan saya berharap mereka akan bersinar. Tahun lepas, mereka tidak diberi harapan untuk pergi jauh tetapi berjaya melepasi memenangi gelaran, “ katanya.

Pemain negara

Perseorangan Lelaki
• Zulfadli Zulkifli
• Chong Wei Feng
• Liew Daren
• Arif Abdul Latif
Perseorangan Wanita
• Lim Yin Fun
• Tee Jing Yi
• Lim Chiew Sien
• Lim Peiy Yee
• Lydia Cheah
• Yang Li Lian
Beregu Lelaki
• Chua Khek Wei-Nelson Wei Keat Heg
• Zulfaiz Zulkiffli-Zulhelmi Zulkiffli
• Jagdish Singh-Wee Long Roni Tan
• Lee Yan Sheng-Lin Woong Fui
• Lee Jian Yi-Lim Zhen Ting
• Goh V Shem-Tan Wee Kiong
Beregu Wanita
• Chin Kah Mun-Chow Mei Kuan
• Erica Pei Shan Khoo-See To Chia Vern
• Lim Payee Peiy Yee-Lim Peiy Zhean
• Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho
• Lim Yin Loo-Lee Meng Yean
• Vivian Hoo-Woon Khe Wei
Beregu Campuran
• Lee Jian Yi-Lim Peiy Zhean
• Lufti Zaim Abdul Khalid-Soong Fie Cho
• Tan Aik Quan-Lai Pei jing
• Yin Wong Fi-Chow Mei Kuan
• Lim Zhen Ting-Lim Payee Peiy Yee

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");