Berita Hari Ini

Beli barang perlu sahaja

Kuala Lumpur: Konsep Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu cukai yang dikenakan berdasarkan penggunaan dan bukan pendapatan, sudah tentu mampu mendidik rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah penjimatan dengan hanya membeli barangan penting dan keperluan saja.

Berikutan itu, sebagai pengguna, orang ramai harus bijak mengatur strategi supaya mereka tidak berasa dibebani dengan pelaksanaan cukai ini bermula 1 April depan.

Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah menyenaraikan perbelanjaan tetap bulanan seperti bayaran ansuran kereta, utiliti dan sebagainya serta kenal pasti yang mana terbabit dengan GST untuk mengawal perbelanjaan.

Selain itu, pengguna digalakkan berbelanja di kedai berdaftar dengan GST untuk mendapat manfaat harga rendah dan mengamalkan sikap berbelanja ketika musim promosi pada harga menjimatkan.

Langkah seterusnya ialah orang ramai digalak menyimpan lebihan pendapatan sama ada di bank atau melabur dengan institusi diiktiraf kerana memberi pulangan menarik.

Persatuan pengguna perlu diaktifkan untuk membela hak pengguna yang berperanan dalam menyebarkan maklumat kepenggunaan.

Di samping itu, pengguna disaran membuat aduan sekiranya mempunyai maklumat mengenai manipulasi harga oleh peniaga.
Sementara itu, golongan layak menerima bantuan digalakkan menggunakan peluang itu sebaiknya, apatah lagi kerajaan dijangka akan mewujudkan lebih banyak bantuan hasil pelaksanaan GST.

Selain itu, jangan lupa rujuk panduan pembeli dikeluarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk membuat semakan perbandingan harga selepas dan sebelum GST bagi mengelakkan pengguna tertipu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");