Berita Hari Ini

Cadang kerajaan lanjutkan program taklimat GST

KUALA LUMPUR – Program taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  harus diteruskan walaupun selepas ia dilaksanakan bermula Rabu ini, kata Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Muda Nasional.
Pengerusinya, Feruddin Emir Moehamad Izat Emir berkata, ia bertujuan memberi pendedahan berterusan tentang cukai berkadar enam peratus itu, terutama kepada usahawan muda.
“Perdasama Muda mencadangkan agar kerajaan meneruskan program taklimat ini sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun dan kami sedia menjadi penggerak bagi program-program taklimat GST pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Bernama dalam program taklimat khas GST, di sini baru-baru ini.
Katanya, langkah itu penting bagi menyiapkan usahawan muda menghadapi persekitaran Komuniti Ekonomi Asean terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.
Mengenai taklimat itu, beliau berkata mereka mahu membantu mewujudkan lebih ramai peniaga muda selain mengukuhkan kedudukan usahawan sedia ada.
“Selain taklimat ini, Perdasama turut menyediakan peluang perniagaan kepada golongan muda dan kami juga menyediakan premis atau tapak perniagaan kepada mereka,” katanya.
Program taklimat selama dua hari itu dihadiri sekitar 200 peniaga muda termasuk beberapa wakil daripada syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia. – Bernama
-Sinar Harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");