Sukan Hari Ini

Cub Prix 2015 lebih sengit

KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 bakal menyajikan saingan lebih sengit buat pelumba selain memberi lebih kepuasan kepada penyokong sukan bermotor tanah air.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg berkata, musim ini, beberapa pembaharuan dilakukan antaranya setiap pasukan boleh menyenaraikan tiga penunggang CP130 berbanding dua pelumba, musim lalu.

Selain itu katanya, hadiah untuk pemenang juga diberikan kepada 10 pelumba terbaik keseluruhan berbanding lapan pelumba sebelum ini.

“Ia akan memberikan lebih cabaran terhadap pasukan bertanding terhadap peraturan baharu ini.Kami juga menerima pandangan yang positif daripada setiap pasukan dan kami percaya pembaharuan ini akan memberikan lebih manfaat,” katanya ketika majlis perasmian musim baharu sukan berkenaan, semalam.

Saingan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 bakal membuka tirai dalam pusingan pertama pada 14 dan 15 Mac ini di Temerloh, Pahang.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, mengakui musim baharu ini lebih mencabar buat pasukannya.

Ini kerana katanya, bukan mudah untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan pasukan dalam saingan CP130, musim lalu.

“Saya berharap pelumba kami akan bekerja keras supaya mencapai objektif pasukan musim ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");