Sukan Hari Ini

Detik paling sukar buat Razlan

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyifatkan Grand Prix Malaysia tahun ini sebagai paling sukar buatnya sepanjang tujuh tahun menjawat jawatan penting itu.

Pelbagai gangguan terpaksa dihadapi pihaknya terutama isu penyambungan kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) yang tamat tahun ini, namun lega apabila kontrak itu dilanjutkan.

“Apa pun, kita berpuas hati apabila Perdana Menteri mengumumkan akan menyambung kontrak F1 di Malaysia untuk tempoh tiga tahun dengan Petronas sebagai penaja utama.

“Selain itu, beliau turut memberi komitmen yang akan menarik semua agensi seperti Kementerian Pelancongan untuk menjadikan F1 dalam tiga tahun selepas ini sebagai lebih menarik,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas perlumbaan GP Malaysia, kelmarin mengumumkan kontrak lanjutan F1 di Sepang dilanjutkan sehingga 2018.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");