Perak Hari Ini

Dokumentari My First Blowpipe Promosi Perak Di Peringkat Antarabangsa

GOPENG: Dokumentari ‘My First Blowpipe’ yang memaparkan kehidupan Orang Asli etnik Semai di Perak dijangka mampu menarik minat pelancong asing berkunjung ke negeri itu apabila ditayangkan di peringkat antarabangsa kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dokumentari itu turut mempromosikan pelancongan alam semulajadi yang dimiliki negeri Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan dokumentari My First Blowpipe di Kandu Resort, di sini, petang tadi.

Menurut Zambry lagi, pihak kerajaan telah menganjurkan pelbagai program berbentuk kebudayaan seperti Festival Lagu Puisi Rakyat Antarabangsa Pangkor yang berjaya menarik pelancong berkunjung ke negeri itu.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan juga Rashid Esa selaku Penerbit Eksekutif dan penulis skrip dokumentari ini kerana sudi mempromosikan negeri Perak di mata dunia,” tambahnya lagi.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi, penerbitan dokumentari itu merupakan satu penghargaan buat kerajaan Perak.

“Dokumentari ini merupakan satu penghargaan kepada kerajaan Perak dalam usaha kita mempromosikan sektor pelancongan tempatan.

“Terima kasih juga kepada pihak Menteri Besar kerana memberi sokongan penuh terhadap usaha menerbitkan dokumentari ini,” ujar beliau lagi.

My First Blowpipe merupakan filem dokumentari berdurasi selama 45 minit yang bakal memulakan penggambaran pada minggu hadapan.

Dokumentari ini memaparkan secara lebih dekat  keunikan etnik Semai di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");