Sukan Hari Ini

Dollah: Harimau Malaya usah merendah diri

MENJELANG perlawanan persahabatan menentang Oman hari ini, Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh mahu barisan pemain diturunkan tidak terlalu menghormati lawan sehingga gagal mempamerkan aksi terbaik.

Katanya, sememangnya lawan berada di kedudukan lebih tinggi dari Malaysia, namun itu bukan alasan untuk pemainnya terlalu merendah diri.

“Usah terlalu menghormati lawan sehingga menjejaskan persembahan sebenar, kita perlu beraksi dengan penuh keyakinan.

“Perlu beraksi penuh semangat dan rebut pengalaman diberikan,” katanya.

Sementara itu, penyerang Terengganu yang turut berada dalam skuad Harimau Malaya, Manaf Mamat menyimpan hasrat beraksi menentang Oman.

“Walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa muka baharu yang dibawa jurulatih, saya akan berusaha agar diberikan peluang beraksi.

“Namun segalanya keputusan terletak di tangan jurulatih,” katanya.

Setakat ini, hanya Oman menjadi aksi persahabatan antarabangsa Kelas A buat Malaysia sebagai persiapan sebelum kempen Kelayakan Piala Asia 2019 dan Kelayakan Piala Dunia 2018 pada Jun ini.

Selebihnya, anak didik Dollah hanya akan menentang dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur pada 27 Mei dan Liverpool, 24 Julai nanti.

Dollah membawa 20 pemain bagi aksi pertama Malaysia tahun ini dengan tujuh pemain bukan daripada skuad naib juara Piala AFF tahun lalu termasuk tiga pemain yang tidak pernah menyarung jersi kebangsaan Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan (Johor Darul Ta’zim II) serta Muhammad Syamim Othman (Felda United).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");