Membawang Hari Ini

Emosi berat Izzue Islam

Meskipun sudah berstatus suami orang, namun penerimaan peminat terhadap Izzue Islam masih lagi baik seperti dulu.

Tawaran berlakon diterimanya juga tak putus.

Bukan hanya berlakon, perkembangan karier nyanyian Izzue bersama kumpulannya, Forteen juga lancar.

Forteen kini muncul dengan single baru, Linangan Terakhir ciptaan Edry Abdul Halim.

Bersua Izzue di lokasi penggambaran filem 7 Dimensi Aliff arahan Faisal Ishak baru-baru ini, anak jati Kelantan itu masih mendapat kepercayaan watak utama.

Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, ini berkata, dalam filem bergenre seram itu dia melakonkan watak seorang lelaki pendiam dan tiada keyakinan diri bernama Aliff.

“Watak Aliff ini mungkin tidak banyak cakap, tetapi ia menuntut saya memainkan ekspresi wajah dan emosi dalaman yang boleh dianggap berat. Ia bukan perkara yang mudah.

“Namun, saya sukakan cabaran dan sudah melakukan yang terbaik untuk watak itu. Apa yang pasti, permainan watak saya untuk filem ini agak baru,” katanya.

Memaklumkan watak Aliff itu turut memerlukan dia melakonkan kira-kira 60 peratus watak aksi, Izzue berkata, dia terlebih dulu menjalani latihan disediakan selama seminggu.

Berbicara mengenai filem seram yang selalu dikaitkan dengan makhluk halus, Izzue berkata, dia tetap percaya ia wujud. Cuma, katanya niat hanya untuk bekerja.

“Saya sedaya-upaya memastikan dapat melakonkan watak Aliff sebaik mungkin. Apatah lagi, ia perlu seiring dengan kehendak pengarah.
“Apapun, saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Faisal kerana dia banyak membantu. Dia (Faisal) juga orangnya tenang dan mudah berbincang,” katanya.

Izzue yang kini selesa bergandingan dengan pelakon wanita tanpa melakukan aksi bersentuhan berkata, dia juga seronok dapat bekerja dengan Juliana Evans, Alif Satar dan Kaka Azraf.

Menurutnya, masing-masing bersikap terbuka dan saling membantu di antara satu sama lain. Jadi, tiada masalah di antara kami.

Berkongsi perkembangan lakonan dramanya, Izzue berkata dia membintangi drama adaptasi novel, Suami Sebelah Rumah di TV3 dan akan menjayakan satu program sitkom untuk TV9 tidak lama lagi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");