Berita Hari Ini

Empangan Sembrong Alami Penyusutan Simpanan Air

KLUANG: Empangan Sembrong, yang merupakan salah satu kawasan tadahan air terbesar bagi 120, 000 penduduk di daerah Kluang dan sebahagian Batu Pahat kini mengalami penyusutan paras simpanan air secara ‘perlahan-perlahan’.

Aktiviti pertanian yang dijalankan sekitar empangan tersebut, tidak jauh berbeza dengan Cameron Highlands.

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, kerancakan aktiviti pertanian tersebut mengakibatkan masalah penyusutan paras simpanan air di empangan berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila ia mengancam pengeluaran bekalan air dan semua hidupan laut yang tinggal di dalamnya.

Pada awalnya empangan tersebut dibina untuk projek tebatan banjir pada 1984 dan diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bertujuan untuk membekalkan air bersih kepada penduduk sejak 1990.

Terletak di kawasan seluas 775 hektar persegi empangan tersebut mampu membekalkan 55 juta liter air yang dirawat setiap hari melalui loji rawatan air Sembrong Barat.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");