Sukan Hari Ini

Falcao kongsi rekod penjaring terbanyak Colombia

ABU DHABI: Musim suram Radamel Falcao kembali bersinar apabila sepakan penaltinya pada babak kedua ketika membantu Colombia menewaskan Kuwait 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi tadi menyamai rekod Arnoldo Iguaran sebagai penjaring terbanyak negara itu dengan 24 gol.

Penyerang berusia 29 tahun itu gagal menyinar sejak menyertai Manchester United secara pinjaman, awal musim ini apabila baru menjaringkan empat gol bersama kelab itu.

“Saya gembira dapat menjaringkan gol tetapi apa yang lebih penting, kejayaan untuk pasukan,” kata Falcao yang terlepas aksi Piala Dunia 2014 kerana mengalami kecederaan lutut yang serius.

“Kami beraksi baik sebagai satu pasukan. Kuwait juga berjaya mencipta beberapa peluang dan ini membantu kami untuk persiapan menghadapi situasi sama pada perlawanan akan datang.”

Iguaran mengumpul 24 gol antarabangsa ketika menyarung jersi Colombia dari tahun 1979 hingga 1993. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");