Membawang Hari Ini

Gaga yakin jejaka idaman Taylor Swift bakal tiba

NEW YORK: Selama ini lagu yang dihasilkan oleh Taylor Swift kebanyakannya dicetus dari pengalaman kisah cintanya.

Pada usianya yang baru 24 tahun, Taylor telah menjadi salah satu penyanyi dan penulis lagu terbesar di dunia.

Artis lelaki yang pernah dikaitkan dengan Taylor seperti Jake Gyllenhaal, Taylor Lautner, John Mayer dan Joe Jonas turut menjadi subjek kepada lagu karya Taylor.

Meskipun setiap orang memiliki kisah cinta dan kehidupan yang berbeza dengan Taylor, namun lagu-lagunya membuat orang merasa terhubung dengan emosi dan pengalaman yang telah mereka lalui.

Lady Gaga yang baru bertunang dengan kekasihnya, Tayloy Kinney, memberi kata-kata semangat kepada Taylor bahawa jejaka idaman yang dinanti-nantikan olehnya bakal tiba juga suatu hari nanti.

“Kehidupan disinari dengan kehadiran rakan-rakan, keluarga, dan cinta. Kami semua melihat kelebihan yang ada pada kamu, putera idaman akan datang,” kata Gaga menerusi posting terbaharu Twitternya hari ini.

Perbualan di Twitter itu bermula apabila Taylor memberikan pujian terhadap persembahan memukau Gaga di Anugerah Oscar, baru-baru ini.

Taylor Swift kini lebih selesa solo namun sedang bahagia dengan kehadiran rakan-rakan perempuannya yang sering memberikan sokongan serta galakan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");