Sukan Hari Ini

Gladiator tumbang!

Kuala Terengganu: “T-Team sudah temui rentak.” Itu reaksi ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner selepas anak buahnya berjaya membedil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-0 pada aksi Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Malah lebih menggembirakan jurulatih kelahiran Yugoslovia itu, pemainnya berjaya menghasilkan jaringan besar ke atas pasukan Liga Super itu biarpun pada awalnya tidak meletak sasaran gol sebaliknya hanya mahukan kemenangan.

“Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau tanpa jaringan dalam tiga perlawanan terdahulu dan perkembangan ini sesuatu yang menarik buat T-Team untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang Farhod Tadjiyev yang sebelum ini dikritik kerana gagal beraksi baik berjaya menyumbat dua gol manakala satu jaringan lagi dihasilkan Muhamad Safawi Rasid melalui tendangan lencong menarik.

Selain itu, jurulatih berusia 48 tahun itu berkata, dengan kemenangan itu pemain akan bertambah yakin terutama Farhod yang sudah menemui sentuhan jaringan pertama sejak sepak mula 6 Februari lalu.

“Keserasian dan tahap keyakinan pemain mula terserlah dan saya harap peningkatan ini berterusan apabila bertemu Johor DT II pada aksi Liga Perdana, Jumaat ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");