Panasnya Hari Ini
Like

Hadiah Perkahwinan Nor Najwa, Daniyar Disalurkan Kepada Lima Badan Kebajikan

March 7, 2015
484 Views
0 Comments
2 minutes read
Hadiah Perkahwinan Nor Najwa, Daniyar Disalurkan Kepada Lima Badan Kebajikan

SUNGGUH suci dan murni hati bakal pasangan pengantin, Nor Najwa Najib dan tunangnya, Daniyar Kessikbayev yang menyarankan para tetamu majlis perkahwinan mereka pada hujung Mac nanti agar menghadiahkan cenderahati berbentuk sumbangan wang kepada badan kebajikan dan pendidikan terpilih di negara ini.

Sudah pastinya nilai murni itu hasil didikan ibu dan bapanya, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Walaupun kedua-dua ibu bapa Nor Najwa sering diejek serta dihina oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, lima organisasi akan mendapat manfaat daripada majlis perkahwinan tersebut yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam 28 Mac nanti.

Saranan itu disertakan dalam kad undangan yang dihias indah dengan menyenaraikan lima organisasi tersebut bersama dengan nombor akaun masing-masing.

Lima organisasi itu termasuklah Yayasan Orang Asli yang dinaungi oleh Isteri Perdana Menteri dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak.

Organisasi lain yang terpilih ialah badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Amal Malaysia yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor.

Tiga lagi badan kebajikan dan pendidikan yang tersenarai ialah Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU), Batu Caves, Selangor; Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan (Perkayatim) dan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong yang dilawati oleh Daniyar pada minggu lalu.

Majlis perkahwinan anak sulung Najib dan Rosmah itu turut diadakan pada sebelah petang 29 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sehari selepas majlis untuk tetamu kenamaan.

Mempelai itu juga dikatakan akan turut mengadakan majlis di kawasan Parlimen Pekan, Pahang.

Majlis bertandang ke Kazakhstan pula dijangka diadakan selepas majlis perkahwinan di Malaysia.

Leave a Reply