Isu Panas

Hapus ‘jemuan’ dalam UMNO….- PM

Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Konvensyen UMNO Kedah 2014 di Alor Star, Sabtu mengunakan istilah ‘jemuan’ yang ikut loghat orang Utara membawa maksud karektor jahat yang selalu bikin onar.

Mungkin ia lebih mudah difahami dan dihayati oleh perwakilan UMNO Kedahyang hadir pada konvensyen itu.

Lebih jelas lagi kata Perdana Menteri,”jemuan ini perangainya lebih teruk dari tukang kipas… dia dok keliling dan mengadu domba.. perselisihan faham hak kecil pun dia dok perbesar sehingga menggugat kesepakatan kita.”

Serentak dengan itu beliau minta mereka kenalpasti ‘jemuan yang merosakkan parti ini .

Mesej Najib pada mereka hapuskan golongan ‘ jemuan’ dalam UMNO yang dibimbanginya berisiko menjejaskan peluang parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau yakin tanpa gangguan golongan ini BN boleh ulangi kemenangan di Kedah.

Ahli UMNO, kata Najib, perlu meletakkan sasaran untuk memastikan parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya, lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi.

Katanya permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan sokongan masyarakat kekal terhadap UMNO.”Antara ‘pull factor’ (faktor penarik sokongan masyarakat kepada UMNO) adalah semangat sepasukan, kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain.

Jangan wujud dua pasukan dalam satu bahagian sehingga kita serba salah nak pilih,” katanya.Beliau meminta anggota UMNO tidak mengulangi kesilapan terdahulu pada masa akan datang.UMNO, kata perdana menteri, tidak akan berjaya jika ia terus dibelenggu perpecahan, perbalahan dan persengketaan.

Oleh itu, menurutnya, amat penting bagi anggota dan pemimpin UMNO supaya sentiasa fokus dalam usaha untuk memenangi hati rakyat dan memastikan ia kekal utuh.

Mengenai PRU14,Perdana Menteri berharap ahli UMNO di Kedah tidak lalai dengan kemenangan semasa PRU13 dimana BN Kedah menang di 10 daripada 15 kerusi Parlimen dan 21 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Beliau mengingatkan rata-rata majoriti kemenangan adalah kecil.

Menurut Najib, pada pilihan raya umum 2013, UMNO Kedah memenangi 367 daripada keseluruhan 672 Pusat Daerah Mengundi (PDM), berbanding hanya 283 PDM pada pilihan raya umum 2008.- 14/3/2015- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");