Perak Hari Ini

Hina PAFA: Tujuh Kelab Penyokong Bola Sepak Perak Buat Laporan Polis

IPOH: Tujuh kelab penyokong bola sepak Perak tampil membuat laporan polis terhadap kenyataan berunsur fitnah membabitkan Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) dan pihak pengurusan tertinggi.

Tindakan itu dikesan melalui kritikan di laman sosial Facebook menerusi akaun milik seorang individu yang menghina Presiden PAFA dan mengaibkan pihak persatuan.

Antara persatuan yang tampil membuat laporan polis ialah Kelab Peminat Bidor, Kelab Peminat Bagan Datoh, Die Hard Fan, PAFA Fan Club dan Yeop FC.

Menurut Setiausaha Kehormat PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaludin, tindakan itu diambil bagi mempertahankan persatuan dan menjelaskan situasi sebenar.

“Kenyataan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan kepincangan yang berlaku dalam PAFA dengan membuat andaian tanpa fakta yang kukuh,” katanya.

Katanya lagi, jualan tiket perlawanan antara Perak dan Kelantan yang didakwa habis dijual tetapi pihak PAFA hanya menjual 19,000 tiket sahaja.

“Tiket yang ada sebanyak 27,000 tidak habis dijual dan yang berjaya dijual sebanyak 25,100 tiket dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan pekeliling pada minit ke 75 perlawanan dengan mengumumkan jumlah penjualan tiket sedangkan pada waktu itu masih dalam proses pengiraan,” katanya.

Katanya lagi, andaian 20 peratus tiket terjual diumumkan daripada jumlah sebenar penjualan dan tiada penyelewengan berlaku semasa penjualan tiket kerana setiap penjualan mempunyai nombor sirinya.

Mengulas pula mengenai janji pada pemain yang tidak ditunaikan, katanya ia berkaitan dengan duit pendahuluan yang diambil segelintir pemain.

“Apabila kontrak ditandatangani dengan minta wang pendahuluan, pihak PAFA perlu menilai fizikal pemain serta kekangan kewangan,” katanya.

Tambahnya lagi, pengalaman pada musim terdahulu, pemain tidak akan beraksi selepas wang pendahuluan telah diberikan.

Ujarnya lagi, gaji pemain juga diputuskan oleh pengurus dan boleh diubah berdasarkan pelbagai faktor.

“Dalam terma kontrak juga tiada menyatakan boleh memberikan gaji pemain awal daripada tempoh yang ditetapkan.

“PAFA masih bersifat terbuka bagi membantu pemain yang memerlukan bantuan,” katanya.

Jelasnya lagi, pemain yang mempunyai nama akan diambil oleh pihak PAFA jika persatuan berkemampuan dan tidak sama sekali melibatkan kepentinagn sendiri.

Mengulas pula mengenai kelebihan ahli kelab bola sepak mengenai pembelian tiket dan hak keistimewaan lain tegasnya FAM hanya mengiktiraf satu kelab sahaja.

“Kelab rasmi adalah PAFA Fan Club sahaja dan ahli gabungan di bawah kelab dan namun tidak menjadi kewajipan untuk menyediakan tempat khas dan ianya perlu diuruskan oleh kelab itu sendiri,” katanya.

Katanya lagi, terdapat juga kelab yang bertindak menjual tiket berkenaan kepada umum dengan harga yang tinggi dan tidak menguntungkan PAFA.

Beliau turut memohon agar siasatan lanjut dilakukan oleh pihak polis terhadap individu yang bertindak menyebarkan fitnah berkenaan.

Abdul Aziz juga tidak menolak penyebaran dan kebocoran maklumat tersebut daripada orang dalam persatuan itu sendiri.

“Jika pekerja PAFA tidak boleh jujur dan amanah, silalah tinggalkan PAFA,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");