Sukan Hari Ini

Hujan bataskan aksi Hafizh

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akui kecewa dengan prestasinya di Litar Antarabangsa Losail apabila menamatkan dua sesi latihan bebas di kedudukan 21 keseluruhan, Khamis lalu.

Penunggang Petronas Raceline Malaysia ini berharap, memperbaiki diri kerana mengakhiri sesi latihan pertama di kelompok 22 pelumba dengan 2’03.038s.

“Saya bertungkus-lumus pada sesi pertama, malangnya jentera tidak boleh membelok kiri dan mengganggu kelancaran. Pasukan teknikal gagal mengesan masalah itu dan ia mengecewakan.

“Mujur pada sesi bebas kedua lebih baik dan isu stereng diselesaikan. Apabila saya bersedia menyambung perlumbaan, hujan turun dan tidak banyak boleh dilakukan di litar yang lembap,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");