Perak Hari Ini

Jentera Parti UMNO Perlu Bekerjasama Tambah Ahli Baru

IPOH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan agar usaha berterusan perlu dilaksanakan oleh semua jentera bagi memperkukuhkan parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya lagi, usaha untuk menambah seramai mungkin ahli baru juga perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Usaha untuk menambah ahli UMNO sebagai pengundi bukan sekadar dengan mengenali mereka semata-mata tetapi juga memperkukuhkan lagi jentera parti,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha berkenaan perlu digembleng di semua peringkat dan ketiga-tiga sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri untuk menambah ahli masing-masing.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Konvensyen UMNO Perak dan perasmian serentak persidangan tahunan UMNO cawangan dan Pergerakan wanita, Pemuda dan Puteri cawangan-cawangan UMNO negeri Perak 2015 di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Jumlahnya biarlah seramai mungkin dan tidak bergantung hanya pada sesetengah tempat yang mempunyai sasaran berbeza,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai tindakan serius kerajaan dalam menangani sebarang ancaman keselamatan khususnya di kawasan perairan negara.

Katanya, langkah mempertahankan keselamatan negara perlu dijalankan secara berterusan.

“Sebagai contoh di Semporna, jumlah pelancong yang dahulunya hanya sekadar 30 peratus telah meningkat kepada 80 peratus.

“Untuk menyakinkan pelancong, bukan hanya soal keselamatan yang perlu diberi perhatian tetapi penduduk setempat juga perlu memberi kerjasama,” katanya.

Anggota Polis Marin, Lans Koperal Zakia Aleip yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas katanya, telah dibebaskan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");