Perak Hari Ini

Kazim, Dr Mohd Asri Bertemu Di Kangar

IPOH: Penceramah bebas kelahiran Perak, Datuk Kazim Elias mengadakan pertemuan dengan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di Kangar, Perlis sebentar tadi.

Menurut Facebook DrMAZA.com, kedua-dua tokoh agama itu mengadakan pertemuan di Cafe Blackwood, dekat Kangar.

Dengan kapsyen ‘Minum dan Tersenyum’, Dr Mohd Asri mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana menerima tetamu istimewa, Datuk Kazim Elias di Kangar.

IMG-20150308-WA0010

Turut sama, Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Mereka menikmati minuman dan makanan dalam suasana mesra sebagai saudara Muslim di kafe tersebut.

Pertemuan itu diharap dapat memberi sinar harapan kepada Ustaz Kazim dan Dr Mohd Asri untuk menyelesaikan polemik yang tercetus antara mereka berdua baru-baru ini.

Sebelum ini, pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");